BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

BBQ ngan jiran2 rumah..


Weekend yang meriah beb...minggu ne kami xada benda nak buat. so jiran2 taman pakat nak buat BBQ mlm ne lepas maghrib..peh...mmg best sbb makanan byk mkn lah seberapa nak...hehehe...family kami kena bw ikan. so hubby dah g pasar pagi td g beli ikan...so ikan yg di beli ialah ikan talapia merah dlm 12 ekor & ikan kembong 8 ekor besar tau ikan kembong ne..

blk dr pasar kami bz msk d nye kuah n rencah ikan...aku lak nak menyumbang nasi minyak berlauk..tp sayang my hubby lupa nak ambik semua gmbr 2...klu x mmg melelehlah mulut kalian tgkkk.....

tp xpe aku ada gaklah ambik gmbr tp x brp banyaklah...apa2 pon layannnnn.....

lak sesi sang isteri & mak2 org sdg mengumpat beb...meriah...beb



bini sapalah ne yg kuat mkn ne...


napelah asyik ambik muka aku aje ne....dengkilah 2....




my hubby with faizal ngah mkn kerang..


mcm pandai ye nak memanggang....

inilah hasil yg dipanggang.....

haha...apa ne kerang beb hidup lagi....heheheehe...

yang ne aku lupa nama nye tp rasa d mmg best tahu + cheese

nelah antara menu kami mlm ne....mcm2 ada...

yang berbungkus ne lah ikan yg kami bw...tp x nampak isi d lah...

Monday, July 27, 2009

Diari seorang isteri...

hai teman2 sekalian cuba2lah baca kisah dibawah ye, saya dpt email ne dr seorang kawan...mula2 mls nak baca sbb panjang sgt...tp bila dah baca yaallah...sedihnye cerita ne ye...klu benarlah kisah ne saya mmg kesianlah dgn sang isteri ne kan...alhamdulillah saya di berikan seorg suami yg pelembut, penyayang serta mengasihi saya..walaupon saya ne kadang2 garang my hubby tetap cool...cuma my hubby ne kurang romantik...hehehe...walauapa pon saya tetap menyayanginye sepenuh hati saya hingga ke akhir nyawa saya...amin...
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania..Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisamengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. ..Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satuopis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam.. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau....mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa... Hmmm...sedih ke tak? sy dah terasa lain macam jer. Tapi yang pasti email ni sy takkan delete sampai bila bila. Mana la tau boleh dijadikan peringatan suatu hari nanti...

Surah Yassin..

Bukan untuk menafikan ketentuan qada' dan qadar Allah namun tak salah untuk kita ingat mengingati antara satu sama lain akan kebesaran surah Yaasin ini ...
Yaasin,
Walqura-nilhakim.
Innakala minalmursalin.
A'lasiratil mustaqim.. Tanzilal azizirrahim.
Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun..

Kirim surah Yaasin ini kpd insan berugama islam.. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda dengan izin Allah. Sebarkanlah Kalimah Allah Dikalangan Umat Islam dan Sama-samalah kita beramal dengannya.

Wuduk zahir & batin...

hai selamat pagi semua, ne saya nak berkongsi bersama teman2 ye...saya dpt dari hubby nye email...baca n renungkan ye....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-* Bertaubat* Menyesali dosa yang telah dilakukan* Tidak tergila-gilakan dunia* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')* Tinggalkan sifat berbangga* Tinggalkan sifat khianat dan menipu* Meninggalkan sifat dengki. Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.""Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnyayang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepada anda





Friday, July 24, 2009

Jumaat yang indah...

ne lah baju yg aku gunakan hari ne...orenkan...tp sory ye xleh nak ambik penuh sbb xada org lak kat opis ......layan ajelah..


Jumaat kembali lagi..


pg ne aku x bgn subuh sbb cik P saya dah mai semalam...


hahaha...so aku leh tido lbh sikit...


tp mata ne dah biasa bgn pagikan...


mmg payah nak lelap...


sudahnye aku bgnlah...





nak tau apa aku buat...


apa lagi kemas umah...cuci pinggan mangkok..


lap2 apa yg patut...


and last sekali aku gosok bajulah nak pakai hari ne g kerja..


hari ne aku ber baju kurung pahang warna oren berbunga kecil dari material kain kapas cina


mmg nipis n jarang tp sedap pakai...





hari ne kerja mcm biasa enak ajelah....


ptg ne aku nak blk seremban...


sbb adikku bg tau dkt ngan umah mak aku ada expo peladang...


so ada mcm2 brg...


so aku ne nak lak g beli apa yg patut...





tp adik ku ckp tudung ekin mmg banyak..


ne semua buat aku bertambah geramkan...


ok nanti aku up date lagi ye...


selamat berhujung mgg...bye..

Kereta honda ku sakit....

nelah kete ke 2 aku...tp skrg aku dah bg adik aku pakai...bila kete aku rosak br lah aku pinjam..sbb adik ku msh belajar lagi...hehehe


Pakai kete mmg aku ne first class....

yelah apa x pandai...

start enjin...msk gear jalankan...


sedih btllah kete honda ku sakit..

bkn sakit apa absober semua dah x main...

klu naik ramai aje kete ne langgar lobang

peh....mmg sakit beb...


so nak dijadkan cete ptg smlm lepas kerja

aku g lah bengkel kete biasa aku g 2 ngan hubby..

ingat hati nak g gantilah menatang apa td....absober...mcm 2 lah bunyi d...

lps d bincang2 kan dptlah...


yg buat aku sakit hati ne ada lah mamat botak senggal ne...

buat kerja mcm pakai otak...

pelik btllah aku tgk...

maunye aku x sakit hati d pandang d buat kat kete aku....


org lain tanggal n pasang elok aje sekejap...

d punyalah lama...dah 2 aku rasa hbs semua brg d kluarkan utk ketok kot...

bodoh btllah lah....

bayangkan lah dari pkl 630ptg sampai 930 mlm kete aju siap...


dahlah lambat...bila dah siap dah mcm2 lak bunyi...

aku dtg td xada lak bunyi2 ne...

ne bila nak ambik kete dah mcm2 bunyi...

lps 2 d leh tanya kat hubby aku ne...


abg kete abg td ada bunyi x??

laki aku tanya bunyi apa??

aku dtg elook aje senyap...

lps 2 d jawab ne xtau dr mana dtgnye bunyi ne bang....


kau dah lenjan kete aku laju2...

kau leh kata xtau punca mmg nahas...

muka aku ne klu ikut hubby dah leh ikat muncung aku ne...

maunye x marah depan mata aku nampak d bw kete aku mcm setan....


kesudahannye hubby aku ckp xpelah esok saya dtg blk...

dah mlm ne saya nak blk dah penat....

siap kau gemuk esok kete aku x kembali asal mmg hampeh, bodoh, setan dan yg adik beradin dgn nye....jahatnye org...menjahanamkan kete aku....

Hari sakit...

Aduh sakitnye badan2 ku ini...kenapa ye...klu kata penat..
rasanye dah beberapa dah lepas kenduri,
ne tidak sakit2 sendi ne...apa mslh lak ne...
nak dijadikan cerita ptg ne td aku dah g klinik,
lps d cek dr julia ckp ada kemungkinan aku ne kurang air dlm badan,
selain 2 aku ne kurang kalsium 2 sbb tulanh2 aku ne sakit kot...
pelik gak aku ne mmg kuat minum air suam pon leh dikatakan kurang air kan..
xpelah yg penting hari ne aku dah dpt MC...hehehe leh tido kat umah...
blk dari klinik aku singgah beli nasi ayam utk mkn tgh hari,
hehehe...sampai2 umah aku tido dulu...tgh hari bgn dlm pkl 1 br lah aku mkn..
lps mkn nasi ayam...br lah aku mkn ubat....
ubat kena dimakan ubat demam (panadol) 2biji, ubat buang angin 1biji...
last sekali aku kena ambik kalsium tp senang aku hanya letak dlm air aje...
alah mcm eno 2 kan last sekali minum....
lps mkn ubat aku tertido,
sedar2 dah ptg pkl 5 lah dlm lemah2 bgn gaklah...
mandi dlll....
aku mandi sbb dah peloh..biasalah klu dah peloh maknanye aku dah sehat..
wah akhirnye aku sehat...cuma yg xhilang lemah2 badan n sendi aje msh lemah n
x bermaya....
xpelah lps mkn mlm leh smbg tido kan....
yg ptg aku sakit x lama....ok bye...

Surprise party utk Wak Ami....

selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi cik ami.....
&
Allah selamat kan kami,
allah selamat kan kami,
allah selamat kan kamu wak ami.....
happy bdays cik ami.....
yang keberapa ye?
hahaha....yg ke 43thn masih bujang abg ipar aku ne ye...
doa ku semoga abg ipar ku yg satu ne
dipertemukan jodoh...amin
dimurahkan rezeki...amin
serta dipanjangkan usianye....amin
ne kerana abg iparku ne mmg manusia yg plg baik lah kot...
2 sbb aku leh baik ngan dia...
ne kerana dia kaki lawak...
mmg sukalah melayan otak gila aku ne...
so apa lagi layanlah gmbr dibawah ye....enjoy....hehehe....
.
ceh malulah 2 cik amiee kena suap dek emak & abah.....alaihan anak omak...
masih dlm keadaan terkejut, tapi tetap maintain ptg kek ye....enjoy...

macam x caya lak ada beday surprise ne kan....tgk nama atas kek 2 cik amiee

wish dulu cik amiee, brlah tiup lilin..... " dah tua ye aku ne"

nelah lah d rupa kek cik amiee, ditaja oleh secret recepies....

Thursday, July 23, 2009

New House @ Teratak Kasih...

Alhamdulillah setelah sekian lama aku belajar n bekerja akhirnya kami mampu membeli sebuah rumah double story...mmg terasa gah jugaklah mula2 belikan..tp ne dah msk 2thn aku diami umah ne mkn penat lak...hehe..yelah dulu sebelum beli my hubby janji bila beli umah besar kita sama2 kemas...tp sejak 2thn aku ddk umah ne segala2 nye aku yg buat sendiri...penat beb...bukan sikit2 bilik nak d kemas...bilik aje ada 4 bilik....

Bilik di tingkat bawah aku jadikan bilik tetamu sbb almaklumlah aku nye org tua semuanye dah tua2 mana larat nak panjat tangga kan...so utk kebaikan mereka lah....ditingkat atas master badroom semestinya milik aku n hubby lah...mmg besar mcm leh buat satu bilik lagi 2 dlm bilik kami... selain 2 aku mempunyai lagi 2 bilik salah satunye aku jadikan bilik utk org bujang2 terutama adik2 lelaki ku.... dan bilik yg lagi satu aku jadikan Library almaklumlah aku ne peminat NOVEL, MAJALAH, DLL...so didalam blk ne dilengkapi set TV , meja kerja & Laptop utk kegunaan sesiapa pon....

berikut aku lampirkan serba sedikit gmbr sisi rumah ku...yg lain nanti aku upload ye....enjoy...

My kitchen

Ruangan Istirehat bersama



ne lah Ruang tamu ku

Ruang tamu besar....

kepada teman2 yang sudi jemputlah datang kerumah ye....tp lebih dialu2kan pada cuti ujung mgg...hahaha...almaklum org bekerjaya ne rumahnye hanya dikemas pada cuti hujung mgg ajelah....almaklum penat beb...kerja opis...xkan blk nak kemas umah lagikan....

Menu yg Enak Sepanjang Majlis.....

Tadi lupa nak muatkan menu2 yg dihidangkan sepanjang majlis berlangsung...pasti yg melihatnye akan terliur...hehe...apa2 pon enjoy the photo ye...jgn ada yg terliurlak ye...sbb lauk2 ne dah tiada lagi dah semua dah msk perut manusia2 yg hadir dimajlis ini....



ne nasi putihlah kan...


ne lak nasi minyak bapak mertuaku...


ne lak pencuci mulut bubur kacang hijau...

ne lak acar jelatah....

ne lak kari daging keling...

ne lah kebanggaan org jawa... SAMBAL GORENG...

ne lak ikan sembilang goreng sambal...


ne lak ayam goreng berempah....

Buat makluman semua lauk pauk ne telah di masak oleh mertuaku sendiri, memandangkan dia seorang tukang masak di kanmpung ne hatta mmg glamourlah mertua ku ne ye...ok klu ada yg nak guna hikmat mertuaku terutama dikawasan sungai blh blhlah hubungi saya ye....yg plg ptg lauk2 mertua ku ne mmg terkenal n sedap hingga menjilat jari....walawala......

Hari Cukur Jambul Nur Sara Alisya

Inilah dia Sang Puteri Nur Sara Alisya yg Diraikan.....

Ahad bersamaan 19 Julai 2009 umah mertua ku telah diadakan sambutan cukur jambul anak buah terbaru ku yang bernama Nur Sara Alisya genap 2bln ketika dicukur jambulnye. memang meriah sepanjang majlis ini dijalankan mengalahkan majlis perkahwinan aku lak kan...hehehe..almaklum rumah mertua ku sudah lama tidak membuat sebarang kenduri sejak 3thn yg lalu...so dikesempatan majlis cukur jambul nur sara alisya ne lah waktunye utk berjumpa sanak-saudara serta teman handai....

Yang paling x best yelah aku n hubby diasak berbagai pertanyaan bila lagilah turn kami untuk menimang cahaya mata sendirikan...sapa xnak anak oiiii....tp nak wat cam ne kan blm ada rezekikan kami dah berbagai cara kami berusaha tp blm ada rezeki yang tibakan....so redha ajelah kan.....
Aduh sudahlah ye aku bkn nak cete kisah sedih ne...tp nak bg tau betapa meriahnye majlis pada hari ne....so enjoy the photo.....
Group Marhaban Dari Paya Jaras Dalam, Sg Buloh
Bermulalah detik2 sisara dikerat jambulnye...
Ahli2 marhaban ramaikan 50 org tu....meriah....

Dikakak sedang mendodoikan siadik....

Kerja2 memasak sedang giat dijalankan....

Inilah dia anak buah sulong hubby...linda namanye..

Ne pulak kakak ipar yg glamour + anak buah kedua..

Ini pulak yg teringin jadi ibu tapi belom kesampaian....

Inilah cenderahati buat tetamu yg hadir....
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupon perancangan awal majlis dari pukol 10am hingga 1 pm...namun disebabkan ramai yg hadir majlis berlanjutan hingga jam 4pm...penat beb....yg ptg aku puas....majlis berjalan seperti yg dirancang...walaupon ada kata2 sumbang buatku & hubby namun kami cool aje adatlah kan.... insyaallah lps ne majlis anak2 aku pulak....amin...

Wednesday, July 22, 2009

Sehari di Sungai Batang Si...

Hujung minggu memang hari2 yg ditunggu oleh kita yang berkerja ne kan...sbb nye kita leh relax serta bersantaikan...macam saya dikala tiada kerja kami mmg suka pergi riadah2 ne...mgg ne kami ke sungai batang si, di semenyih selangor. buat makluman semua sungai ne blm di teroka ye...mmg best sbb airnye blm tercemar lagi...yg plg penting air nye sejuk n nyaman aje....berikut saya lampirkan beberapa photo yg dapat yg diambil ketika disana ye...enjoy...


hubby & anis kesejukan...

hubby & abg ayol tgk muka mereka dah putih...huhu..sejuklah 2...
Woh...gogok air ne...haus ke????

Hubby & Waji ( sepupu )

Makan Malam yang Enak...

Malam ne malam jumaat...kami dah xada kerja lagi...my hubby ajak g The Mines lepas Maghrib saja jalan2 cuci2 mata & makan angin...

Lepas jalan2 cuci2 mata....perut pon laparlah..huhu...aku pon ajak my hubby g makan dekat satu restoran western ne...apa ye nama d...alamak lupa lak nama restoran ne. Restoran ne terletak d Sri Serdang...

Nelah mkn malam kami malam ne....hehehe....

Ne jus Tembikai my hubby drink....RM 2.50



Ne Salmon Grill RM 15.50...my hubby dinner



Ne lak Roested Chicken RM 9.90...my dinner


Wala2....jemput2lah melihat n terliur ye...yg plg penting roested chic yg saya mkn ne mmg sedap yg plg best d besar...mmg kenyang beb....klu ada sapa nak g kedai ne depan sek.men.keb seri serdang, Serdang...sorylah i lupalah nama kedai ne jgn mare ye...enjoy....yummy....sehingga menjilat jari....

Friday, July 17, 2009

Jumaat yang cerah...

Hari ne hari jumaat 17/07/2009 bersamaan 24rejab...alhamdulillah hari ne barulah saya berjumpa dengan sang matahari. yelah bayangkan dlm 1mgg ne mana ada matahari langsung saya cuci baju mkn hari br kering....

hari ne mcm biasa bgn pagi, siap g kerja ...bfast hari ne saya mkn roti cokolat kismis...mmg sedap d mkn begitu saja...walaupon harganye mahal RM4/beg...tetapi berbaloi sbb saya x yah mkn benda lain sbb d mmg mengenyangkan...hari ne saya dapat NASI KERABU LAUK AYAM GRG....mmg best tp saya dah kenyang mkn roti cokolat td...nampaknye simpan utk mkn tgh lah ye...

kerja mcm biasa banyak terutama nye disebelah pagi...mcm pg ne kerja nye mmg bertinbun dah lah opis xada org pening kepala saya ne..bertambah masalah bila ada surat dari MIP menyatakan bos saya kena kena membuat maklum bls dlm tempon terdekat...mslh2...byk lak songgehkan...saya cete sikit ye...adalah hamba allah ne tanah nye kat melaka...sblm ne projek kami nak guna rezab tanah d nak buat jalan..tup2 d x bg d kata klu nak kena beli keseluruhan tanahnye...dahlah nak jual harga mentedarahnye mahal sapa nak beli...so kami abaikan....so kami mintak ngan kerajaan melaka kami guna tanah rezab kerajaan utk membuat jln sementara....ingatnye diam lah lps 2 . rupa2 nye hamba allah ne xpuas hati d buat bantahan serta aduan dkt MIP..sbb mcm kami ne salah guna kuasa....( apa yg ingin saya nyatakan disini ialah betapa busuknyelah hati org kita ne kan...yelah antara org melayu2 pon ada dengkinye kan) ne my boss lah kena g mengadap n menjawabkan....

hahaha...mlm ne i nak g dating with my hubby nak g tgk wayang sekali...dah lama x g tgk wayang ne...sbb manjang nak g ada ajelah mslh nye...mlm ne kami dah boking tiket dkt TGV mines dlm pkl 945mlm...doa ku semoga dptlah kami g tgk kan.....

selain 2 esok tgh hari kena blk ke rumah mertua di sg blh sbb merta nak buat kenduri cukur jambul anak buah baruku...NURSARA ALISYA... nanti mgg depan saya update ye...saya mskkan sekali gmbr2 nye ye...

ok selamat bercuti buat semua....bye...

Thursday, July 16, 2009

Amalan2 untuk mendapatkan zuriat...

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Ayat dari surah ali imran :38

rabbi habbli minl ladunka zurriatann toii yii batann innaka samii ngud duaaa…

-wahai tuhanku kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan…

Ayat surah Al-Anbiyaa : 89

Rabbi laaa tazarni far dann wa anta hoi rull waaa risinnn..

-Wahai tuhanku janganlah engkau biarkan daku seorang diri (tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi…

Hari ini Hari Tidak Berbelanja 160709

Hari tidak berbelanja??? apa ye maksud ayat ne?? hahaha...nelah dia dimana pihak FOMCA telah menetapkan setiap 16 Julai 2009 kita kena mengawal diri supaya tidak berbelanja...masuk tahun ne ah 2 thn kita menjalankan %nye mkn tinggi...

sebagai pengguna lak adakah kita juga tidak bebelanja? apa lak usaha kita untuk menjayakan hari tidak berbelanja ini???....

bagi saya lah hari ne sampai disaat ne belum satu sen duit saya dikeluarkan lagi..hehehe...xcaya ye..betullah...sbb minyak kereta saya masih penuh..so x yah isi jimat dah!!!! selain 2 bfast saya pagi tadi my senior yg belanja...jimat lagi...hehehehe....makan tengahari ne saya balik umah lah saya masak nasi grg cendawan + ikan bilis goreng + telor masak kicap....hahahaha....jimat kan...nampaknye sampai di saat ini saya masih tidak berbelanja....huhuhu....mcm xcaya lak kan....jimat duit dlm dompet ne sbb blm keluar sesen pon lagi ne....

anda semua lak mcm mana? berbelanja or tidak hari ne?

oklah sampai disini sajalah catatan saya buat saat ne ye...nanti kita berbicara lagi ye....

Khamis yang Indah....

Pagi khamis ne agak nyaman kan...yelah dgn cuaca skrg ne nak kata nak ujan xada lak tanda2 ujan...nak kata panas xada lak mataharinye kan...tapi blh d katakan mendung x bererti ujan....hari ne aku kepejabat dengan baju kurung berwarna pink...ala2 feminin lah konon...sedangkan aku ne tergolong dlm golongan yg x berapa feminin lah( lasak)....

Hari ne aku nak cete pasal FARAH FAUZANA...si penyampai Hot FM yang sedang hot kedabom..bom...2 lah...nak dijadikan cerita pagi semalan nye cete ye...si fafau ne telah menyahut cabaran dari faizal supaya sifafau ne berdating dengan salah seorang pemanggil ne yang bernama...EN .JAAFAR....hahaha...klu kita ne dengar nama aje dah ala2 org tua gitunye nama kan....sifafau nye gelabah xingat...samapailah masa nak bw msk en jaafar ne si faizal siang2 dah tutupkan mata sifafau...hehehe....dlm kegelabah itulah...en jaafar telah ddk disebelah sifafau...bila sifaizal bertanya sesuatu kepada en jaafar bertambahlah kegelabahan sifafau...his..his...mmg sedih gak kan klu kita xkenal org tup2 kena lak blind date maunye parah kan kan...yelah bukan apa klu dpt yg senonoh x pe...ne klu dpt yg x semengah...mmg payahkan....Alhamdulillah nampaknye en jaafar ne mmg noce looking...cuma agak chubby sikitlah...tp klu tgk dari iras muka mmg ada iras sifafau...harap2 jodoh merekakan...amin....

Pagi ne aku bfast mee hoon grg + sambal kerang ngan air suam aje....malas nak bancuh milo...huhuhhu...ne pon ada org belanja sapa lagi klu bukan Si Gusdur...my senior technical .....aduh ne nape lak ne...bersin x berhenti ne...hidung dah berair ne....tolong...tolong...xtahan geli hidung ne...sah2 lah dlm sambal kerang ne byk belacan kan....parah aku ne....

oklah aku stop kat sini dululah klu free petang2 nanti aku coretkan yg lain ye...aku dah xtahan ne bersin menyerang ne....tolong..tolong..asum...asum...hidung meleleh ne.....

Wednesday, July 15, 2009

Hari Tersibuk setakat ini.....

Ha..haha...hari ne hari rabu kan bersamaan 15 julai 2009...awal2 pagi ne ujan telah turun dengan lebatnye kan dalam pkl 3.30am kot klu x silaplah..peh mmg best klu hari cuti, yelah dipagi hari ujan turunkan sejuk n nyaman ajekan...klu ikut nafsu ingatnye nak MC aje hari ne...tp abaikan sbb aku tau hari ne aku byk kerja lah...sat lagi aku x dtg maunye ngamuk si bapak singa...( Bos ke 2 )...d ne mmg pantan klu aku ne cuti memekak ajelah klu org lain cuti xpe...aku ne mmg xlehlah...tp aku ne keras hati aku nak cuti aku cuti ajelah xada maknanye....

Oleh kerana hari ne blh dikatakan agak lewat gak aku bangun pagi...so aku x sempat nak go
sok uniform or baju kurung...sudahnye yg dpt aku capai ialah sehelai baju T-Shirt superman....hehehe...xsenonoh lak pegi keje mcm ne kan...nasib baik jaket ade(penyelamat)...sarung jaket + seluar jeans....hahaha...memang ranggi lah aku hari ne....

nelah d loga baju aku hari ne....my superherolah..

Inilah my hero....handsome x.....

Nak dijadikan cerita hari ne aku dikenali sebagai SUPERWOMEN oleh budak2 opis aku...sebenarnye dia org ne dengkikan yelah..sbb aku pakai baju SUPERMAN.. dia org siap cakap wei mana sapenda x pakai kat luat seluar ke????Hampeh btllah budak2 n..otak klu x kuning mmg x sah....manjang nak ckp lucah ajelah ngan aku ne....

Loh...aku lupa nak cete hari ne kerja kat opis mmg byk...sbb byk claims yg perlu aku settle kan sblm blk...yelah sbb banyak projek yang telah diluluskan oleh MPKj...masyuk opis aku skrg...harap2 tahun ne nye bonus leh dapat lebihkan...leh lah aku ne raya lebih sikitkan....

baiklah sampai disini ajelah aku ne mata dah pedih dah nak ngadap computer lagi ne sbb hari ne satu hari nelah kerja aku menaip ajelah....hehehe...skrg balik time.....jom blk....