BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 14, 2009

Open house umah kak Lyn....



Ahad bersamaan 11 Oktober 2009 @ 22 syawal... pagi2 lagi aku dah terima msg dr kak lyn....d ajak dtg umah d mkn2....aku ckp insyaallah sbb hari 2 aku byk jemputan klu sempat aku mailah ye....

Aku bgn pagi d hari ahad sbb mak n ayah aku ada kat umah so aku kenalah buat breakfast....hehehe...klu mereka x ada maybe tgh baru aku bgn kot.... sbb penat mlm td blm hbs lagi...yelah smlm aku ngan hubby n mak aku kami g kuala pilah...nak tau kami buat apa????? adalah rahsia....

Breakfast hari ne simple aje Roti arab + Sardin + Kopi O..... == sedap hingga menjilat jari....

Tgh kami memulakan sesi ke rumah abg sedara kat area Tmn Bukit MEwah seksyen 8 lps 2 mak n abah aku trs blk seremban....

Aku ngan hubby blk umah mandi2 n bersiap sbb nak keluar berjalan raya lagi...

kami menghala ke KL lak ye....destinasi pertama aku kerumah Kak Lyn dkt Kuarters PDRM Kelana Jaya....sesat2 gaklah kami sbb silap direction....

wak2 aku sampai IELA & hubby , SHIMA & hubby & Licha yg lain2 adalah sedara mare k-lyn...so xleh nak borak2 panjang2 sbb dah maghrib....

Iela pulang awal sbb ada mslh wanita...heehehe...so yg tgl aku ngan shima + tuan umah kak lyn.... son ne ajelah gambor yg ada ye...lain kali kita jumpa lg ye...






Dapat gak berjumpa, walaupon selalo berchating ne lah pertama kali bertentang mata.....hehehee


CT, K.Lyn & Shima...nice memory.....

Open House buat Jiran Tetangga....

Bulan Syawal semakin sampai ke penghujungnye....
tp kita semua msh menerima jemputan ke OPEN HOUSE....
baik teman2 or saudara mara kan...
aku pon x berkecuali tp kali ne aku buat jiran tetangga dulu ye...
sbb x larat nak msk byk2...hehehehe...
nelah hasilnye.....
enjoy the picture ok....










menu hari 2...mee hoon grg singapo, nugget, lontong, rendang daging, keropok lekor, buah2 n air panas & sejuk...













ENAK kan.....









YUMMYYYY......












Lontong yg aku msk sdiri walaupon pertama kali aku mencuba.....












My Mom & My Dad....lov u tq 4 coming..



















Kaum2 ibu mengambil peluang utk beramah mesra sesama mereka.....

















Nelah d anak buah ku HAZIQ yg kesedihan sbb bunga api d dah hbs.....








My Dad with zack...



















My dad ngan zack....poyo










P/S :
Buat teman2 yg lain...nanti ada kesempatan aku jemput kalian dtg kerumah utk mkn n minum2 ye...sory sbb x leh buat serentak hari 2...sbb xada kakitangan yg blh membantu utk memasak...jgn mare ye.....

Tuesday, October 6, 2009

Jalan2 raya ke D'kayangan Shah Alam...

Selamat hari raya buat semua.....
selepas berpuasa selama sebulan....maka kita pon akan beraya sebulankan..
mgg pertama raya hanya acara tgg d rumah or melawat org tua2 ajekan...
msk mgg kedua mkn byk umah terbuka....
xkira masa n hari....
ada yg buat hari kerja dr tengahari ke malam...
ada yg buat mkn malam....
aku ne pon penuh aje jemputan open house....
bkn penat berjalan....
penat nak mkn.....
tghlah badan aku ne br ,msk mgg kedua raya badan mcm kena pam....
apa x nye manjang mkn free....

bwh ne antara aktiviti ke rumah....
my auntie dada...d'kayangan section 3 shah alam...
yg plg best yelah taman n kolam d.....
mmg relax aje....bestlah...
nanti aku ada duit pon nak buat kolam mcm 2 lah.....
so enjoy the foto ye...










Monday, September 28, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfITrI.....








Salam Syawal buat semua, dah lama ne x msk n update my blog ne...almaklum bln pose yg lalu aku cuba memenuhi solat terawih...sbb surau dah dekat ngan umahkan....sementara xada masalah rasanye x salah aku cuba memenuhi segala kewajipannye kan....alhamdulillah telah selesai kita menjalani ibadah pose...alhamdulillah walaupon x penoh...aku bersyukur dgn nikmatnye...yelah bukan selalo kita blh menjalani ibadah pose ne kan.....

Alhamdulillah telah seminggu kita merayakan aidilfitrikan....tahun ne aku beraya ngan keluarga mertua di sg blh dahulu...aku dah start cuti pada hari khamis yg lalo....sehingga 28hb, lebih dari 1mgg bos aku bg cuti ne....hehehehe...mmg best n dah rasa mls nak g kerja pon ada gak....hahahaha....

gambar raya xberapa byk yg sempat d ambil sbb...ngah2 sibuk nak bergambar dahada org dtg beraya...so sesi bergambar ne stop mcm 2 ajelah sbb dah bz sgt...sbb nye umah hubby ne org yg dtg raya mcm ulatnye ramai...hehehe...penat mmg penat tp seronok sbb ramai yg dtg...dan blh tgk bermacam2 ragam org yg dtg raya....


















Tuesday, August 25, 2009

SEMBAHYANG TERAWIH..


SEMBAHYANG TARAWIH
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) - Cetakan Ketiga)
SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi

Fadilat Solat Terawih dibulan Ramadhan....

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

SALAM RAMADHAN..

Assalamualaikum, buat semua teman2 serta umat yg beragama islam selamat menyambut bulan ramadhan..semoga segala amalan kita diterima oleh allah dibulan mulia ini...amin...
maaf sbb terlewat mengucapkan salam ramadhan...dikesempatan ini saya pon nak mintak maaf buat semua teman2 or kenalan2 sempena ramadhan in...semoga kita semua dapat menjalani suruhan nye dengan ikhlas serta sempurna amin....
salam ramadhan....

Tuesday, August 18, 2009

RAMADHAN DATANG KEMBALI...

Eating PieYang ini juga kena dielakkan sepanjang siang dibulan pose!!!!!

ALHAMDULILLAH....Ramadhan Al-Mubarak datang kembali...syukur pada nikmatnye kerna kita masih berupaya menikmati serta menjalani musim ramadhan kali ini...
ChuggerElakkan ini juga disiang hari ye...
Dikesempatan ini saya nak mengucapkan salam ramadhan buat semua teman2 sekalian...semoga kita semua dtg menjalani hari2 dlm bulan ramadhan ini dengan tekun serta jayanye....amin....



Soldier's KissElakkan ini disiang hari ye....

Minggu yg penuh dgn kenduri...

Sabtu macam biasa aku ne cutilah ye...almaklum hanya kerja 5hari seminggu...tp sabtu ne xleh bgn lambat sbb aku ada byk kerja yg harus di selesaikan sbb tgh ne aku kena balik sg buloh umah mertua sbb d nak ajak g umah sepupu mereka yg membuat kenduri doa selamat + tahlil...
kenduri tahlil sbb kita dah nak msk bulan ramadhan kan mgg akan datang so ne mcm kenduri mengalu2alukan kedatangan ramadhan lah ye....alhamdulillah semuanye berjalan lancar...tapi sory aku x sempat nak bawa kamera sbb terlupalah pulak...sbb tersilap bw beg...so aku hanya leh cete perasaan n pengalaman ajelah ye....
selain itu akak manja jugak membuat kenduri doa selamat sbb anak d si fiza akan ke INDIA.. utk membuat master dlm MEDIC...oic ne nampaknye lps ne fiza blk jadi DOCTOR...lah ye....
apa2 pon aku doakan semoga mereka gembira sentiasa..buat fiza semoga beroleh kecemerlangan disana nanti...chaiyok...chaiyok....

Malam Pertama yang Indah...

hayatai renungkanlah apa yg dikata..saya hanya forwardkan dr email saja..
Indahnya malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan kita..
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Tetapi malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu....mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tiada sehelai benangpun menutupinya. .
Tiada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah jasad kita....
Itulah jasad kita waktu itu
Setelah dimandikan...
Kitapun akan dipakaikan kain berwarna putih
Kain itu....jarang orang memakainya..
Kerana ianya sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju kita...
Di kepala...badan....dan kaki diikatkan
Tataplah...tataplah...itulah wajah kita
Keranda pelaminan...terus disiapkan
Pengantin bersanding sendirian
Mempelai diarak keliling kampung bertandukan jiran tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat..
Saksinya nisan-nisan...yang telah tiba lebih dulu
Siraman air mawar...penghantar akhir kerinduan
Dan akhirnya...tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH....
Ditemani cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...dan tak seorangpun yang tahu....
Tapi anehnya kita tak pernah ketakutan.... .
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita payah sekali menitiskan air mata...
Seolah barang berharga yang sangat mahal
Dan dia si kekasih itu...menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Tentunya kita berharap menjadi ahli syurga...
Tapi..tapi...layakkah sikap kita selama ini...
Untuk disebut sebagai ahli syurga
Baca jika anda ada masa demi ALLAH.
Bacalah hingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi anugerah kesabaran untuk
membaca terus hingga ke akhir
ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada waktu untukini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja Kemudian saya tersedar bahwa pemikiran
semacam inilah yang sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat.......
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB saja?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian
Walau bagaimanapun kita tidak ada waktu atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa
bergantung padaNYA
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang
paling utama dalam hidupku (nauzubillah
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta
ALLAH
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.
TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna
Susah vs.. Senang Kenapa susah sekali menyampaikan kebenaran
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi ketika selesai ceramah kita segar
kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh? Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan
Notes: Tidak kah lucu betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH
setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka
Tidakkah lucu bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN (whom, by the way, also 'believes' in ALLAH
Tidakkah lucu bagaimana anda mampu mengirim ribuan email lawak yang
akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkendali tetapi bila anda
mengirim email mengenai ISLAM, sering orang berfikir 10 kali untuk
berkongsi
Tidakkah menghairankan bagaimana bila anda mula mengirim pesan ini anda
tidak akan mengirim kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan
mereka terhadap anda atau anda tak pasti apakah mereka suka atau tidak?
Tidakkah mengherankan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda
Aku berdoa, untuk semua yang mengirim pesan ini kepada semua rakan mereka semoga anda dirahmati ALLAH
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu"

Why Women are so Special...


---why women are so special

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers
4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2
pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...na= k tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawa= n
2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemew= a dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...



Club Me 2Club Me 2




Wednesday, August 12, 2009

Majlis Perkahwinan Kak Long Marina 08082009 at Lui Timur..

Waduh2...penat sekali minggu ne sbb aku terpaksa g kenduri kahwin kak long kat lui timur..ne dah msk sempadan pahang johor klu x silap aku...kak long akan bernikah pada hari sabtu 08082009...tp org tua ku ini nak g awal so pagi2 jumaat kami bertolaklah kesana...meriah mmg meriah sbb org felda ne lain mcm skt...kaum d mmg ramai...kita x yah tolong pon xpe...sbb geng d ramai...

aku mls nak ckp byk...so enjoy ajelah gambar yg ada ye....walahhhhh....